kisah cinta ku

December 29th, 2007 by guidance2truth

JessamIn menulis "Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada
tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu!
Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku
teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia
amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir…ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan
mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah. Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu. Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi,
bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.

Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap
memujiMu. Dan… Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar
Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar. Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu
masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna…aku bukan maksum. Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira…kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku. Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari…titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini…kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia
kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala
rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan… atau alasan… namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi… Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup
ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau
menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala
permintaan dan rayuanmu kepadaKu… dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini… adakah kamu menyintaiKu. Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih, Oh Tuhanku… ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah…

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun…barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap
mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan
mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu
keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku… aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini… aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Min Qalbi…

September 23rd, 2007 by guidance2truth

With His glorious name, Allah…

Ilm’ :: as a force to overcome friction

The concept of physics on the rule to move an object on a surface that has frictional resistance, are in two kinds; static friction and kinetic friction. In order for an object to move from the initial location, it first requires a small amount of force to overcome the static friction before it moves along the surface. After applying the required amount of force and overcame the static friction, the object now will be able to move. However, in order for the object to keep on moving, there is a need to apply constant force to overcome the second kind of friction which is kinetic friction. If we only apply the force once in the beginning, it will decelerate later on. So it is essential for us to ensure that we will constantly apply force in order for the object to keep on moving.

I’m still remember you’re saying that we need to have a regular diet of ilm. Alhamdulillah having known this concept of friction, it’s clearer for me to understand the importance.

The force that we need to gather and apply is what I came to know as ‘Ilm. The static friction is the hesitation to start and the kinetic friction is the interference in life that will occur occasionally along our way to discourage us from learning, explore and indulge in this teaching of Islam.

Alhamdulillah, when I first force myself to expose it to the Islamic teachings and find access to Islamic resources, it generates some kind of motivation, for me to go on and learn even more. I may win for that first battle; verily there are other obstacles that might stop me to go on… my environment. I hope not, Ameeen. This is why I need that regular ‘force’ of Ilm to make sure that I will keep myself going further and further, seeking my way to nearness to Him Subhanahu wa Ta’ala… building that road, so I may continue my journey to my Rabbi… and I believe that the chore to gain that force, the desire to gain ilm.. is merely because of Tauhid. As long as I believe in La ila ha illAllah… and live by La ila ha ilallAllah… with heart and mind devoted to the Oneness of Allah, that heart who sees its Rabb, will gather the thoughts and limbs to achieve the true goal of ‘ubudiyyah. If I stop somewhere along that road and neglected that regular diet, I’ll grow weak and I will decelerate, if I somehow still hesitate to start on that journey, I need to check my tauhid and work on that first. This is how I relate with your statement before, that people, who are with less ilm, will be less interested. With my intellectual decision and His will and hidayah, may He makes me aware of my speed and keep the engine running, Ameen.

Relating to that regular diet, I am trying to practice another principle of life, inshaAllah. In order to have a diet of ilm, I need to have a regular diet for the physical food, as well. This is because, a stomach that is full will become like a bottle which holds the poison (for the heart to grasp the knowledge). A man asked Abu Hazim, "O Abu Hazim, what is the gratitude of the stomach?" He replied, "That its lower part is for food and its upper part is for knowledge". In order to fill my stomach with ‘ilm, I need to make space for it by cutting down on my physical diet. Only then, will I be just to my stomach and show gratitude to Allah Subhana wa ta’ala, inshaAllah :

When I first encountered the hidden beauty of Islam which I had never knew before in my life (or I myself ignored it, nauzubillah), I just can’t help myself to love every piece of puzzle in Islam that I had with me, and now try to connect it to the others. And the excitement about that part that I had put together, makes me more enthusiastic to learn more about other pieces, so I may (inshaAllah) get the whole picture of Islam or at least will have the basic idea on how the whole picture shall look like, insha Ah.

Islam :: An island to be explored

To me, analogically, Islam is like an island that was far from the land I came from. When I make myself learned about how to go to that island, after having heard people speak of its beauty, I was motivated and filled with the desire to arrive to that land so I may have the same experience. So I get my maps, compass, and with the help of the wind, I oriented myself and finally arrived to that land.

SubhanAllah , when I looked down, and for the first time landed my feet on that land, I was astonished with the white sandy beach. When I looked up, the scene just got more and more beautiful. My eyes couldn’t find a point to rest; it kept on wandering to capture every bit of that beautiful scenery. When I took a step further, the view got clearer and even more beautiful. When I turned on my side, I saw another beautiful scenery, so I moved towards it, and as I got closer, I found so many new things that just drive me to get closer to it and take few steps ahead. Now, subhanAllah, all I want is just to keep on exploring that island, because it’s just too beautiful and precious… I wanna go around that island, making my way into that piece of land which I knew not of its size and area. May Allah, let it be my final destination in life, my home for me to die in, my big piece of praying rug, for me to prostrate and bow to Him, Azza wa Jalla.

I wish that one day, with His taufiq and hidayah, this heart will love what it sees in Islam and let this soul find its own way to her Lord so she can move forward based on pure iman and tauhid after being trained sufficiently with ‘aql (the intellectual decision). Logically, people who had made various discoveries whether in sociology, science, political or economic aspects of life which already had been mentioned in the Qur’an, those people should become stronger in their attachment to Allah. But this is not what happened. Why? It is because those earlier people had pure iman and tauhed compared to muslim nowadays. Those were the elements that made them able to hold Islam dearly to their hearts and made them stronger than any other nation, subhanAllah… May Allah make us stand in the same saff with those soliheen, inshaAllah.


Islam:: a frequency that builds the strength of ukhuwah

Friend, you also mentioned that we need to tune our hearts to Allah SWT because heart has its ability to receive signals. So it may focus and devote its attention to only Allah SWT.

From this I contemplated that every heart will have different frequencies. This is because the focus and attention of each heart are on different matters for different person. It varies above and below the frequency line of Islam. Since Islam has its own frequency, those people who tune their hearts to the frequency of Islam will be on the same channel. This is where the hearts have access to understanding, care for and loving other hearts with great intensity. They found each other through the channel of Islam. And by obeying the adab of ukhuwah that Islam teaches us, the sweetness of that ukhuwah fillah no longer needs words to express it but can be felt with hearts that shake at the same frequency, where upon the two souls hug each other, subhanAllah. And I believe, only through that frequency of Islam that is pleasing to Allah, ukhuwah will be protected & blessed. I beg Allah SWT, He will make it more meaningful and ever-lasting, inshaAllah.

Alhamdulillah, I realized this when I was trying to get to know who my real friends were. Why does it feel so awkwardly different to be around other people whom I still consider as friends? There is a lack of passion to that friendship. Whereas when I meet those friends of mine who are in the same struggle in this path of Allah, focusing our minds and hearts on getting near to Allah, inshaAllah, my love for them blooms at every moment I’m with them. And when I’m not, subhanAllah, I miss them so terribly that I can just cry and she felt the same way too. These are the friends who can read my mind, understand my feelings and afflicted by whatever mishaps that happened to me even before I told them. It is superbly amazing that we sometimes simultaneously say the same thing at the same time, its that special wavelength. My friend quote about this wavelength, in a poem, she said:

Something tells me…
That it could be true…
Cause isn’t it amazingly awkward…
We always have the same thing to say ‘coincidentally’…
Something tells me…
Perhaps it is true…
Maybe Allah is trying to tell us something…
And that Allah is gathering His line of armies

From Him I came, and to Him I shall return… with iman nurtured by my tawheed, I wish to die as a shahid of La ilahaillAllah Muhammadur Rasulullah…

Thanks my friend for every moment we shared together, May Him bless this friendship even we‘re not able to meet each other.

Just a Word

June 23rd, 2007 by guidance2truth

Salam….

Sejak akhir2 ni aku agak busy skit. Hehe…busy dgn macam2 aktiviti. Dapat bukak tenet pun sekejap je. Last week, Tabung Darah Negara ada call minta tolong aku donate blood sbb ada kes emergency kat HKL. So, aku mintak cuti half day dgn bos sblh pagi jap. Lepas je buat passport kat wangsa maju, aku terus pegi ke tabung darah dgn harapan yg tinggi aku dapat donate. Sume spec dlm diri aku dh melayakkan aku utk derma tapi bila aku check balik, hemoglobin yg ada hanya cukup utk diri seniri je. Huhu…sedeh betui. Doktor tak benarkan aku derma takut aku pengsan plak. Hehe..aku diminta mkn multivitamin. Slps 2 minggu, aku diminta datang balik. On the way balik dr ofis, aku trus pi beli vitamin.

Alhamdulillah, Last friday team aku dpt reward dr CEO + hadiah wang tunai. Syukur rasanya, usaha gigih kami utk tingkatkan yield berjaya. Tapi ini masih terlalu awal utk rasa berpuas hati dgn apa yg dicapai. InsyaAllah, next week aku, Rosa, Shaw Hong & ULee akan dihantar training ke Singapore selama seminggu lebih. InsyaAllah, aku akan gain experience dlm bidang ni & apply master bila dah rasa stabil. This weekend, aku lebih suka spend masa kat rumah je. Dah lama tak bermain dgn anak2 sedare. Asyik sibuk keja je. wokey, later smbg lagiks.

SURAT UNTUK “DIA”

May 19th, 2007 by guidance2truth

Salam,

Dah lama tak buat ‘housekeeping’ kat email yahoo. Mmg banyak mail yg tak sempat baca. Tetiba terpandang email drpd adik akak, izatti yg sorang ni . Thanks ye zati!

Wahai para wanita yang bergelar mu’minah solehah!!

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab dihadapan ALLAH kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas
kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga
jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di

medan

yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga…
Wassalam…

sejenak…

April 3rd, 2007 by guidance2truth

Bismillahirahmanirahim….

Monday, 2 Apr

Aku sampai awal kat ofis hari ni so dapatler breakfast kat kafe jap. Tetiba…

“Nurul, u tau tak hari selasa & rabu kita cuti coz kilang shutdown, ada kerja pembaikan dr TNB”

“Alamak…nape tak inform awal2 berita ni. Kite baru je balik dr kampong. Baru je habiskan 2 hari en bloc leave utk quarter 1. kalau tahu lebih awal, sure aku cuti panjang. Hmm…bila fikir2 balik…takpelar… at least aku boleh spent 2 hari ni buat post mortem utk diri seniri…muhasabah balik diri, akhlak pergaulan kat tempat kerja sepanjang 2 minggu ni & check balik hubungan aku dgn Allah.”

Sempena memperingati hari kelahiran Nabi Junjungan Mulia ini, sesamalah kita renung kembali, apakah hala tuju hidup kita yg sebenar. Bukan skadar utk bulan Rabiulawal shj tapi post mortem ini perlu dijadikan rutin hidup kita. Apakah ada jaminan tahap iman & amalan kita buat sehari2 cukup utk menjadi bekalan kita kat

sana

nanti? Kita yg hidup sebagai umat akhir zaman yg digambarkan dlm satu hadis “ paginya beriman, petangnya kufur”, layakkah diri ini menjadi umat rasul? Cabaran & dugaan ‘mencabul’ harga keimanan dgn perkara2 yg melalaikan disekeliling kita begitu byk sekali.

Sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada baginda, sebaik2nya kita cuba hidupkan kembali segala sunnah yg dilakukan oleh baginda saw, contohi sifat cinta & kasih baginda sesama manusia & haiwan, akhlaknya yg meraikan orang tua & menyayangi orang muda, sangat bersederhana dlm memiliki harta & tidak pernah kata ‘tidak’ utk memenuhi hajat orang lain. Di saat sifat mulia ini kian hakis, eloklah kita merenung kpd sirah baginda, amanat yg ditinggalkan baginda iaitu Al-Quran & sunnah moga kehidupan kita lebih bermakna di dunia & akhirat. Sesama kita basahilah bibir kita dgn zikrullah serta selawat ke atas baginda kerana itulah tanda kasih sayang kita. Bukan hanya sekadar menyambut & berselawat  setahun sekali shj tapi hendaklah istiqamah melakukannya sampai bila2. InsyaAllah…

Rintihan Cinta-Mu, Rintihan Cinta-Ku

January 28th, 2007 by guidance2truth

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

AllahuRabbi aku minta izin

Bila suatu saat aku jatuh cinta

Jangan biarkan cintaku untukMu berkurang

Hingga membuatkan ku lalai

AllahuRabbi aku punya pinta

Bila suatu saat aku jatuh cinta

Penuhilah hatiku

Dengan bilangan cintaMu

Yang tidak terbatas

Biar rasaku padaMu tetap utuh

AllahuRabbi

Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati

Pertemukanlah kami

Berikanlah kami kesempatan

Untuk lebih mendekati cintaMu

AllahuRabbi

Pintaku yang terakhir

Seandainya aku jatuh hati

Jangan pernah kau palingkan

WajahMu dariku

Anugarahkanlah aku cintaMu

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

(dipetik dari buku yg aku baru beli….)

Never….

January 28th, 2007 by guidance2truth

When the world’s

Not on your side

You don’t know where to run to

You don’t know where to hide

You gaze at the stars in the sky

At the mountain so high

Through the tears in your eyes

Looking for a reason

To replace what is gone

Just remember, remember

That you are never alone

Just reach into your heart

And Allah is always there

You are never alone

Through sorrow and through grief

Through happiness and peace

You are never alone

So now, as you long for your past

Prepare for your future

But knowing

Nothing gonna last

You see, the life is but a road

A straight and narrow path

To our final abode

So, travel well oh Muslim

And paradise will be your home

And always remember

You are never alone

My Day life…

January 28th, 2007 by guidance2truth

BismillahiRahmaniRahim…..

Dah lama rasanya tak membuat coretan kat blog aku ni dan dah lama jugak tak ON computer usangku yg banyak berjasa ni. Cuti 2 hari ni aku spent kat rumah je. Banyak tido kot 2 hari ni sebab aku tak brape sihat. Maybe suhu dalam kilang sejuk sangat hari jumaat tu. Lepas amik ubat kat klinik…skang dah rasa ok skit. Alhamdulillah. Semua daily report aku siapkan kat ofis dan mail terus kat supervisor siap2. Keje aku as a process engineer…mmg a bit challenge tambahan plak dpt proses yg paling kritikal dlm ic packaging. Paling awal pun bleh balik umah kul 7…tp paling lewat aku balik dlm kul 9 ler stakat ni. Dlm stage aku yg memang byk tak tau skang ni, aku memang kena hard work utk dptkan knowledge dr senior. Teringat kata2 nasihat Ust Arifin dari kelas Tadabbur “ kalau kamu ingin mencari jawapan utk permasalahan yg kamu hadapi…tak kisah…apa jua permasalahan dalam belajar ke, dalam keja or anythin’ , gunalah waktu sepertiga akhir malam. Sebenarnya kat situlah kekuatan Islam. Tatkala org lain sedang lena di ulik (alamak betui ke ejaan ni) mimpi , kita bangun utk bertahajud/ membuat kajian ( cthnya Ilmuwan Islam terdahulu). Sesungguhnya selagi apa yg kamu lakukan itu adalah utk mendapat keredhaan Allah, InsyaAllah Dia akan sentiasa berada di sisi kita”. Moga aku diberi kekuatan. Aaminn.

Bangun dari tido…tiba2 jek teringat kenkawan kat kolej 8 dulu. Camne ler nak contact diaorang ni. Memang dah lama lost contact. Hmm…memang betui org ckp kalau ukhuwah itu kerana Allah, dimana pun kita berada, iringan doa sentiasa di sisi.

Flashback….masa 1st year 2nd sem . Hari tu paper kalkulus 1. Aku memang dah agak aku tak dpt jawab paper tu. Perasaan sedih memang x boleh digambarkan pada masa tu. Balik je exam aku terus pegi ke surau kat kolej utk tenangkan fikiran sambil studi utk paper seterusnya. Tiba2 dtg sahabatku wan menenangkan aku. Sambil membawa sekeping nota yg berisi kata2 motivasi dan menyuruh aku membaca surah Al- Fath (kemenangan). Alhamdulillah, paper slps tu aku berjaya mendpt A. Frens…Moga ukhuwah kita berkekalan.

Next week, aku plan dgn Chah nak pi tgk Pameran Ketamadunan Islam Kat KLCC. Hehe…moga selepas ni mayb aku pun boleh menyumbang utk islam gaks. Keje sampai hari Rabu je. Then, cuti 4 hari. Hehe…pastuh cuti raye cina lagi 5 hari. Huh..byk betui cuti bulan ni. Mayb plan nak balik kg lagik. Sebulan skali aku balik kg ni. Kuantiti masa kat kg tak penting…tp kualiti masa yg aku gunakan utk menggembirakan parents mmg sangatlah dititikberatkan. Abah dah sibuk bertanya tak balik ke raya cina ni. Heheh…InsyaAllah anak abah yg nakal ni akan balik kalau takde pape. =P

Klah. Stakat ini dulu. Wsalam.

A song for you…..friend

January 28th, 2007 by guidance2truth

Thank You

For simply being there

On the cloudy days

On the sunny days

Thank you for sharing your joys

And pain with me

For showing me that I’m so special

That my contribution count

Through our friendship

I have grown as a person

And I hope you have too….oh my friend

Thank you….just for you

Thank you for simply being my friend

For the special memories

We share together

For never ending support

You always give me

I will always love you

I can’t tell you how much

That you mean to me

I pray for our everlasting friendship

Never ever say goodbye to yesterday

Cause yesterday was so special and wonderful

And tomorrow will be better

Thank you for everything

1st time kat LCCT

November 18th, 2006 by guidance2truth

Salam….

Sedeh betul hari ni. Sume bende yg plan tak jadi. Sume benda tergendala….2 hari aku balik cuti kat kampung sebab nak jumpa ma n abah b4 mereka pi Mekah. Flight pukul 7.40 am kat LCCT terpaksa delay smpai 2.30 pm. Sampai Kelantan plak…tunggu bag x sampai2 lg. jam dh pukul 4.00. Dah le report utk Fukaya san nak kena send by email b4 pkl 5.00pm. Tensen gak rasenye…lepas 1 problem, ada problem lain plak. Dgn pen drive plak corrupted sbb virus. Sume data n file yg aku hilang. Hmmm…Tuhan nak uji aku kot. Ni baru ujian kecik2…kena byk bersabar huda….Dia dah terlalu byk bagi nikmat…kenkadang kena ada ujian gak…nak jadi org yg hebat…hmm..InsyaAllah dunia n akhirat. supaya kita jadi org yg bersyukur…..Thanks to my frens sbb bagi kata2 peransang kat kite n tolong bgtau problem kite kat Fukaya san….=)